Ya ALLAH…
Walau siapa pun dia
Jagalah dia untukku
Seperti mana aku Engkau menjaga aku untuknya
Ya ALLAH..
Diri ini tidak sempurna
Begitu juga dia
Namun bantulah kami untuk menjadi sempurna
Dan saling melengkapi
Ya ALLAH…
Perjalanan dalam mencari siapa dia
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahuinya
Walau aku tidak pernah tahu siapa dia
Namun jagalah hatiku hanya untuknya
Ya ALLAH..
Tetapkanlah hatinya dalam mencintaiMU
Kerna cinta kami hanya untukMU
Jagalah imannya kerana kelak dia akan menjadi imamku
Ya ALLAH…
Kukuhkan sabar dihati dia dan aku
Agar kami nanti bersatu dibawah redhaMU
Pupukkanlah kasih saying dihati kami hanya keranaMU
Ya ALLAH
Berilah dia kekuatan dan kesihatan
Kurniakanlah kepadanya kesenangan dan kegembiraan
Agar aku turut senang melihat dia seandainya KAU izinkan
Ya ALLAH…
Jagakan dia untukku
Kerana aku tidak pernah tahu siapa dia
Satukan kami apabila tiba masanya
Kerana kami inginkan keredhaanMU
Ya ALLAH..
Dalam sujud ku berdoa
Jagakan dia untukku
Lindungi dia untukku
Redhailah dia disetiap langkahnya…
~Aamiin..Allahumma Aamiin~